kalam penulis

(-:السلام عليكم ورحمة الله...اهلا وسهلا:-)
..::saranghae::..

“Rawatilah Dirimu dengan Istighfar,dikala hamba itu diuji,baru dia rasa nikmatnya sujud “

18/11/2013

DOA PENAWAR

Asma / Lelah
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Doa Penghilang Sakit

Batu Karang
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Ayat Pemecah {al-Mukminun : 115-118}
3. Selawat Syifa'

Buasir
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}
5. Doa Tambahan (Belum Sembuh)

26/04/2013

BIARKAN...

Biarkan apa orang nak kata yang penting kita jaga Islam...setiap subuh kita baca qunut,dalam qunut kita sebut  Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan"dan sesungguhnya tidak hina orang yang engkau pimpin"..maknanya kita kena jadi orang yang Allah pimpin sebab itu kita minta Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan ...apabila Allah pimpin kita nescaya kita tak hina ...biarlah orang hina kita janji disisi Allah kita tak hina...biar dimata orang kita kalah tapi disisi Allah kita menang...semua orang hina kita tapi kalau Allah pimpin kita, kita tak hina...tapi Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan"dan hinalah orang yang engkau musuhi"...didunia ni orang puji kita tapi benda yang kita buat itu bercanggah dengan hukum Allah  maka sebenarnya kita tak mulia bahkan kita hina...so, biar apa orang nak kata yang penting keredhaan Allah kepada kita.....("kita buat keja dah ,menang kalah  itu kuasa Allah"-TG Nik Abdul Aziz) jom bersama-sama kita  menegakkan syariat Allah....takbir...takbir...takbir..

Orang tua ini hanya mahu Islam paling di atas


mereka  kata Orang tua ini nyanyuk..
tetapi 30 juzuk dalam kepalanya
mereka  kata orang tua ini gila..
perintah Kelantan bersih tiada penyelewengan dan rasuah
mereka  kata orang tua ini tamak dan gila kuasa..
separuh gaji MB nya disedekah..rumahnya sederhana
mereka  kata orang tua ini perosak Islam pemecah ummah..
ulama seluruh dunia iktiraf dan sanjung tinggi dirinya
mereka  kata orang tua ini pembawa malapetaka..
tenang, bersahaja, senyum dan sabar orangnya
mereka  kata orang tua ini bapa kafir..
Islam sangat kah mereka..???

Orang tua ini hanya mahu Islam paling di atas
orang tua ini mahu undang Islam terlaksana
Al Quran bukan sekadar musabaqah setiap tahun dipertandingkan
maulidur rasul bukan sekadar berarak kerah agensi kerajaan
Islam adil kepada semua dan berkebajikan...

11/03/2013

DOA&PENAWAR


pada 7/11/2012 ustaz datang ke tempat(kawasan) saya untuk berceramah...selesai cerama saya p kat ustaz minta tanda tangan buku "TUHAN SEDANG MENGUJI KITA" sewaktu ustaz tanda tangan saya minta keiizinan ustaz mengamalkan semua yang terkandung dalam buku "DOA & PENAWAR TERPILIH" dan ALHAMDULILLAH, ustaz mengizinkan...jazakallahu khairan kasiira ustaz...

08/03/2013



Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah menempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai ansarullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat di hati
Hingga nyata benarnya janji rabbi

Selamatlah parti islam melangkah
Membimbing ummah ke medan siasah
Berpedomankan al-quran dan sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah(3x) Iklan

17/02/2013

RISALAH


Terima kasih kerana anda sudi membaca risalah
!!!Program Amal Makruf Nahi Mungkar!!!
Bersyukur kerana anda merupakan insan yang dipilih dan diberikan hidayah untuk membaca risalah ini.
1.jangan hampiri zina .didalam al-Quran jelas mengatakan “dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk” surah al-Isra’ ayat 32
Kita perlu bersyukur kerana kita belum pernah berzina...zina ini nak hampiri zina pon tidak dibenarkan apatah lagi berzina.
2.taatilah kedua ibu bapa. Tidak ada sebab kita tidak mahu mentaati kedua-dua ibu bapa kita.merekalah yang membesarkan kita,merekalah yang bersusah payah untuk mencari rezeki kepada kita.bila kita menangis ,ibu bapa yang pujuk,bila kita lapar ibu bapa kita yang suapkan...tetapi bila kita sudah dewasa ibu bapa kita menangis ,kita biarkan,bila ibu bapa kita lapar kita biarkan...jadi marilah sama-sama kita mentaati ibu bapa kita.
3.jagalah solatmu. Solatlah oleh dirimu sebelum dirimu disolatkan...mahukah kita melihat kita direjam didalam neraka saqar kerana meninggalkan solat.kita duduk didalam kubur kita dipukul dipalu berhari-hari siapa tidak boleh menolong kita ..jadi solatlah ...
4.jangan lupa kita ini makhluk dan hamba. Kita ini hanyalah seorang hamba yang tidak boleh buat apa-apa jikalau tidak diizinkan..jadi  apa sebab kita hendak sombong ..kita sombong sebab kita kaya ...ingatlah harta kita itu hanya diberi pinjam untuk kitadiuji..adakah kita sombong dengan harta itu..kita sombong sebab kita cantik..ingatlah kecantikkan yang tidak dijaga ,,ditunjukkan secara berlebih-lebihan itu akan merosakkan kita..kita tidak menutup aurat sebab kita nak tunjuk kecantikan kita...ingatlah kecantikan itu yang membinasakan kita.
5.jaga batasan berkawan.kita wajib menjaga batasan kita semasa bercampur lelaki dan perempuan..ini kita berpegang tangan , berdua-duaan ..ingatlah ia merupakan satu cabang zina..nak bersembang lelaki dan perumpuan mesti ada batasan..jangan mengeluarkan kata-kata yang menaikkan nafsu..jangan berdua-duaan kerana ditengah tengah kamu itu terdapat syaitan..memang kita tak buat zina tapi syaitan akan menggoda kita supaya melakukan perkara yang menaikkan nafsu seperti romantic-romantik..
.::JANGAN LUPA KITA AKAN DIHISAB DI AKHIRAT SANA::.