kalam penulis

(-:السلام عليكم ورحمة الله...اهلا وسهلا:-)
..::saranghae::..

“Rawatilah Dirimu dengan Istighfar,dikala hamba itu diuji,baru dia rasa nikmatnya sujud “

30/03/2012

Ayatul Syifa' : Al-Quran Sebagai Rahmat dan Penyembuh


 Ayatul Syifa' : Al-Quran Sebagai Rahmat dan Penyembuh
Sesungguhnya di dalam al-Quran banyak menyebut tentang ayat-ayat kesembuhan (Ayatul Syifa’) yang membentangkan pelbagai pengajaran penting berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan diri. Ayat-ayat yang dimaksudkan ialah seperti berikut:
1. Surah at-Taubah: 14:
Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman.

2. Surah Yunus: 57:

Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

3.  Surah an-Nahl: 69:

Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.
4. Surah al-Isra’: 82:
   
Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.
5. Surah asy-Syu’ara’: 80:

Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan Aku,

6. Surah Fussilat: 44:
Dan Jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (Rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka[*1]. mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh".




28/03/2012

DOA AMALAN UNTUK MENGELAKKAN SANTAU ATAU RACUN

BSMILLAH LIMA
 بِسْمِ اللهِ الشَّافِيْ , بِسْمِ اللهِ الْكَافِيْ , 
بِسْمِ اللهِ الْمُعَافِيْ , بِسْمِ اللهِ الْوَافِيْ , 

  بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسِمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ 


fungsi bismillah lima:
penawar bisa diri
penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
penawar bisa-bisa badan
penawar bisa batu merian
untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya

cara merawat:
letakkan tangan ditempat yang sakit,tarik nafas,kemudian bacalah bismillah lima ini tujuh kali.tiup ditempat yang sakit itu,kemudian tiup pada air.
kalau anggota yang sakit itu tidak boleh disentuh,sentuh tempat lain dengan beriktikad bahawa anggota tersebut merupakan tempat yang sakit.

kesan sampingan:
dengan mengamalkan bacaan tersebut racun menjadi tawar dan tidak memudharatkan jikalau kita minum dengan izin Allah.gelas yang dipegang oleh pengamal bacaan tersebut boleh pecah dengan sendirinya jikalau terdapat racun didalam gelas tersebut.

26/03/2012

RUQYAH SYARIAH


RUQYAH SYARIAH
PENGERTIAN RUQYAH
Ruqyah secara biasa adalah jampi-jampi atau mentera.Ruqyah secara syar’i iaini Ruqyah Syariah adalah jampi-jampi atau mentera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungandan sebagainya.Dengan hanya menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadis-hadis Rasulullah S.A.W yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur  syirik.



Senarai ruqyah
 1. Al-Fatihah (Seluruhnya)
2. Al-Baqarah (1-5)
3. Al-Baqarah (102)
4. Al-Baqarah (163-164)
5. Al-Baqarah (Ayatul Kursi) (255)
6. Al-Baqarah (285-286)
7. Ali-Imran (18-19)
8. Al-'Araf (54-56)
9. Al-'Araf (117-122)
10. Yunus (81-82)
11. Toha (69)
12. Al-Mukminun (115-118)
13. As-Soffaat (1-10)
14. Al-Ahqaaf (29-32)
15. Ar-Rahman (33-36)
16. Al-Hasyr (21-24)
17. Al-Jin (1-9)
18. Al-Ikhlas (Seluruhnya)
19. Al-Falaq (Seluruhnya)
20. An-Naas (Seluruhnya)

RABUN


Matakurang jelas.
Bahan-bahan:
Lobak merah(jangan masak)21 biji.
Bacaan:
فَكَشَفْنَا عَنْكَ غِطَا ءَكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيْدٌ
lakukan bacaan ini sewaktu mengunyah

AYAT AHZAB


AYAT AHZAB


PENGERTIAN BERAMAL DENGAN AYAT AZAB
Ayat-ayat azab adalah merupakan sebahagian daripada  ayat-ayat yang boleh digunakan untuk meruqyah.Tetapi tidak mesti ayat-ayat azab. Sahabat pernah meruqyah kepala suku dengan menggunakan surat al-Fatihah. Sementara surat al-Fatihah bukanlah surat yang berisi azab. Malaikat Jibril sendiri meruqyah nabi dengan menggunakan surat muawwidzatain (al-Falaq dan an-Nas). Dan kedua surat itu adalah surat perlindungan seperti namanya (muawwidzatain) dan bukan merupakan ayat azab.

        Terkadang jin terasa kesakitan dengan dibacakan ayat-ayat umum seperti,surah al-fatihah.ayatul kursi ,tiga ayat terakhir surah Al-baqarah dan muawwizatin.Tetapi terkadang jin tidak beraksi walaupun ayat-ayat itu dibacakan.Ada beberapa kemungkinan mengapa jin nampa tenang-tenang saja.Salah satu sebabnya adalah jin akan segera merasakan kekuatan ayat-ayat ataupun kata-kata Allah ketika dipilih ayat-ayat yang membahas kesalahan utama bagi kaum jin.Umpamanya ,jin munafik akan sangat kesakitan jika dibacakan surah al-munafiqun dan ayat-ayat yang membongkarkan rahsia orang-orang munafik berikut azab yang akan menimpa mereka.jin beragama kristien akan merasakan kesakitan yang sangat ketika dibacakan surah Al-maidah :72-76 yang menceritakan bahawa sesiapa saja yang menuhankan isa adalah kafir.jika penyebabnya adalah sihir,maka bacalah berulang –ulanglah membaca ayat-ayat tentang sihir ,kisah Nabi Musa dan tukang sihir firaun.
      Jadi,selain menggunakan ayat-ayat azab ,penggunaan ayat lain juga tergantung pada keadaan.Selain ayat-ayat Al-Quran ,masih ada juga doa-doa yang diajarkan Rasulullah .
        Bacaan ayat Al-Quran kalau dibaca benar fungsinya bukan untuk menghadirkan makhluk ghaib melainkan untuk mengusirnya .Sebab bacaan yang benar dan dilakukan oleh orang yang beriman akan dirasakan bagi membakar jin.
       Bacaan ayat-ayat azab berpengaruh pada jin dari jasad pesakit sebelum dia berbicara  sehingga Allah telah menghindarkan anda dari kejahatannya atau menarik dan menghadirkan jin yang berada dalam tubuh dan memaksanya untuk berbicara dengan anda.Tanda-tanda kehadiran jin ketika rawatan adalah seperti berikut:

- Memejamkan kedua mata atau mengerdip-ngerdipkan kedua mata dengan keras, atau meletakkan kedua tangan diatas kedua mata.
-  Gementar dengan keras pada jasad atau gementar ringan pada hujung jemari.
-  Memberontak dengan keras.
- Teriak dan menjerit.
-  Menyebutkan namanya
Setelah membaca bacaan ayatul Ruqyah tersebut di atas pada telinga pesakit dengan baik dan benar ( tartil ) dan suara keras maka akan terjadi tiga kemungkinan:Pertama : Pesakit akan kerasukan dan jin akan bercakap melalui lidah pesakit tadi. Dalam keadaan begini hadapilah jin tersebut dengan cara berikut :
Mulailah berbicara dengan pertanyaan-pertanyaan berikut :
-  Siapa namamu? Apa agamamu?
-  Apa sebabnya kamu masuk ke jasad orang ini?
-  Apakah ada jin lain bersamamu di dalam jasad ini? Apakah kamu bekerja dengan tukang sihir?
-  Dimana kamu tinggal di dalam jasad ini?
-  Perintahkan agar dia (jin) keluar dari jasad pesakit dan meninggalkan pesakit buat selama-lamanya.
-  Jikalau jin berdegil berikan ancaman dengan ancaman membakarnya dengan bacaan ayat-ayat Azab.

AL-BAQARAH 205
AN-NISA’ 166-169


AL-MAIDAH 33-37
AL-ANFAL 9-14
AL-HIJR 16-18
AL-ISRA’ 110-111
AL-AMBIYA’ 70
AS-SOFFAT 1-9
AD-DUKHAN 43-50
AJ-ATIYAAH 7-11
AL-AHQAF 29-34
AR-RAHMAN 32-44
AL-HAQQAH 25-37
AL-BURUJ 1-22
AL-A’LA 1-19
AL-ZALZALAH 1-8

AN-NASHR 1-3




15/03/2012

RIHUL AHMAR


PENYAKIT Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimanapun, dengan rahmat dan belas kasihan Allah swt kepada hamba-hambaNya maka melalui Nabi Muhammad s.a.w., umat Islam dikurniakan doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.
Amalkanlah membaca doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup. Dengan mematuhi kaedah dan adab-adab berdoa disamping berikhtiar, Insya Allah, mudah-mudahan doa kita dikabulkan dan kita terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.