kalam penulis

(-:السلام عليكم ورحمة الله...اهلا وسهلا:-)
..::saranghae::..

“Rawatilah Dirimu dengan Istighfar,dikala hamba itu diuji,baru dia rasa nikmatnya sujud “

05/04/2012

HUKUM BERMAIN GITAR

tidak ada sebarang nas yang menyebut gitar dengan cara jelas dalam hadis-hadis sahih.berlaku khilaf di kalangan ulama' berkenaan hukum bermain gitar ini.

ada yang mengharamkannya sama sekali sama ada menyebabkan lalai atau tidak .

ada yang mengharuskannya dengan alasan tidak memberi sebarang kemudharatan .

pendapat sebahagiansarjana islam pula mengharuskannya dengan beberapa syarat:
1)sekadar hiburan sahaja
2)tidak bercampur dengan perkara-perkara yang haram seperti dadah,arak atau seumpamanya lah yang menjadi haram contohnya perempuan seksi.
3)tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.
4)tidak lalai daripada kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain menjadi lalai.

tidak boleh bermain gitar atau apa-apa alat lain jika sampai meninggalkan perintah Allah..

HURAIAN RINGKAS BAB CERAI

Seseorang yang melafazkan talak kepada isterinya, sudah tentu ia berniat untuk menceraikan isterinya.

Lafaz talak ada 2 jenis :

Pertama : Talak sharih
Kedua : Talak Kinayah

Talak sharih membawa maksud "nyata" atau "jelas" iaitu talak yang diucapkan oleh si suami kepada isterinya dengan kalimah yang jelas dan terang, lafaz seumpama ini hanya membawa maksud penceraian dan tiada pengertian yang selainnya, seperti kalimah "Talak" atau "Cerai".

Contoh lafaz yang Sharih:

• Aku ceraikan kau dengan talak satu
• Aku telah melepaskan (menjatuhkan) talak untuk engkau
• Hari ini aku ceraikan kau
• Jika suami melafazkan talak dengan mengunakan kalimah yang "sharih" seumpama di atas ini, maka talak dikira jatuh walaupun tanpa niat dan saksi.

Talak kinayah pula membawa maksud kalimah yang secara tidak langsung yang mempunyai dua atau lebih pengertiannya. 

Umpamanya jika si suami melafazkan kepada isterinya perkataan:

• Aku tak nak kau lagi, kau boleh balik ke rumah orang tua kau
• Pergilah engkau dari sini, ke mana engkau suka
• Kita berdua sudah tiada apa-apa hubungan lagi
• Lafaz-lafaz seumpama ini termasuk dalam kategori kinayah, jika suami tidak berniat untuk menceraikan isterinya maka talak tidak jatuh, tetapi jika sebaliknya iaitu suami mempunyai niat menceraikan isterinya ketika melafazkan kalimah ini, maka talak dikira jatuh.

Bagi pasangan yang meragui akan lafaz yang telah diucapkan oleh suami, mereka hendaklah menghubungi pihak Mahkamah bagi mendapatkan pengesahannya. Begitu juga bagi pasangan yang ingin merujuk semula, mereka perlulah melaporkan perkara ini ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan nasihat selanjutnya.

*Kinayah كناية maksudnya kiasan.


*Jika suami melafazkan talak dengan mengunakan kalimah yang "sharih", maka talak dikira jatuh walaupun tanpa niat dan saksi.

*Jika suami melafazkan talak dengan menggunakan kalimah yang bersifat "kinayah : Aku tak nak kau lagi, kau boleh balik ke rumah orang tua kau", jika suami tidak berniat untuk menceraikan isterinya maka talak tidak jatuh, tetapi jika sebaliknya iaitu suami mempunyai niat menceraikan isterinya ketika melafazkan kalimah ini, maka talak dikira jatuh.

04/04/2012

DOA PENERANG HATI

surah al-fatihah 7x
surah al-insyirah
surah ta-ha ayat 1-5

ustaz azhar idrus


ustaz kazim elias


SYARAT-SYARAT PEMIMPIN

 Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda :

لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْا أَمْرَهُمْ امْرَأَةً

Sekali-kali tidak akan pernah beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan (pemerintahan) mereka kepada seorang perempuan (HR al-Bukhari).

Hadis riwayat al-Bukhari ini menunjukkan bahawa Islam melarang dengan tegas ke atas perempuan untuk menjadi ketua negara. Sekalipun hadis itu datang dalam bentuk khabar (berita), namun demikian ia disertai dengan celaan, maka ini merupakan bentuk larangan. Adapun penggunaan huruf (lan) yang menunjukkan pengertian selamanya (lit ta’bid) ini benar-benar telah menafikan keberuntungan dari mereka yang menjadikan perempuan sebagai ketua negara. Dengan demikian ini menjadi qarinah (indikasi) yang menunjukkan tuntutan meninggalkan secara tegas yakni tidak menjadikan perempuan sebagai ketua negara. Dengan demikian, haram hukumnya perempuan menjadi ketua negara (An-Nabhani, Muqaddimah ad-Dustur, hlm. 97; Al-Khalidi, Qawaid Nizam al-Hukm fi al-Islam, hlm. 296).

Dalam Islam, ketua negara Islam disebut sebagai Khalifah. Terdapat 7 syarat untuk menjadi seorang khalifah. Kurangnya satu syarat pada diri seseorang, maka gugurlah kelayakan dia untuk menjadi seorang khalifah.

1). Muslim
2). Lelaki
3). Baligh
4). Berakal
5). Merdeka bukan seorang hamba
6). Mampu melaksanakan segala tugas. Dia hendaklah seorang yang mempunyai kemampuan untuk mengurus urusan politik, ekonomi, jihad, dan segala masalah yang terjadi dikalangan umat Islam. Dia juga hendaklah berkemampuan untuk menerapkan hukum syara'.
7). Adil

Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda:

«إِذَا وُسِّدَ الأَمْرُ إِلىَ غَيرِْ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَاعَةَ»

Jika urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya (tidak layak) maka tunggulah saat-saat kehancuran (HR al-Bukhari).

*Kesimpulannya, wanita tidak boleh menjadi seorang ketua negara Islam (ketua Daulah Islam), kerana syaratnya wajib seorang lelaki.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kitab :

1). Ajhizah Dawlah al-Khilafah fi al-Hukm wa al-Idarah
2). Nizham Al-Hukm Fil Islam
3). Muqaddimah Ad-Dustur

03/04/2012

PENDINDING RUMAH


انا شدكم بالعهد الذى اخذه عليكم سليمان
انتخرجوا وتر حلوا من بيتنا . انا شدكم الله ان
تخرجوا اولا دوا احدا

buatkan seperti frame gantung didalam rumah
awas :
jangan menanggapkan itu sebagai tangkal
semuanya dengan izin Allah
ini merupakan pejanjian nabi Sulaiman a.s
dengan jin
atau bacakan secara kuat didalam rumah