Sesungguhnya air zamzam
adalah sebagai nikmat yang agung. Zamzam adalah tanda kebesaran dan kekuasaan
Allah (SWT) yang besar kepada Baitullah dan Tanah Haram, serta termasuk di
antara ayat-ayat Allah yang nyata. Air zamzam merupakan anugerah terbesar
yang dapat disaksikan dengan jelas dan pasti. Air zamzam adalah "samarat" (makanan,
buah-buahan & nikmat) pertama yang diberikan oleh Allah (SWT) kepada
Nabi-Nya, Ibrahim (a.s) - semoga selawat dan salam sentiasa dirahmati ke atas
Baginda. Air zamzama dalah nikmat pertama yang diberikan kepada Nabi
Ibrahim (a.s.) ketika Baginda berdoa:
|
|
|
Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya aku
telah menempatkan sebahagian keturunanku di sebuah lembah yang tidak
mempunyai tumbuh-tumbuhan, berdekatan rumah Mu
yang mulia. Wahai Tuhan kami (yang demikian itu), agar mereka dapat
mendirikan solat, maka jadikanlah
hati-hati
manusia cenderung kepada mereka, berikanlah rezeki kepada mereka sebahagian
daripada samarat (makanan, buah-buahan & nikmat), mudah-mudahan mereka
bersyukur.
(Surah Ibrahim:37).
|
|
oleh yang demikian, air zamzam adalah minuman dan hidangan daripada A llah (SWT) kepada anakkekasih-Nya (Khalilullah, ertinya kekasih Allah, iaitu gelaran yang
dikumiakan kepada Baginda Nabi
Ibrahim [a.s.), iaitu Ismail - semoga selawat dan salam sentiasa dirahmati
Allah (SWT) ke atas Baginda berdua. Air zamzam adalah air yang penuh keberkatan dan kemuliaan, yang wujud di tanahpaling
suci dan penuh keberkatan menerusi Malaikat Jibril.
Air zamzam adalah air
yang mempunyai khasiat, keistimewaan dan keutamaan yang besar, kerana ianya
adalah air terbaik yang menjadi "pemimpin" segala air yang
selainnya. Air zamzam adalah air yang paling mulia, hal ini berdasarkan
sabda Baginda Rasulullah (s.a.w):
|
|
Air terbaik di muka
bumi adalah air zamzam
|
|
Air zamzam adalah air yang
digunakan untuk membasuh hati Baginda yang paling mulia, Nabi Muhammad (s.a.w.). Hati Baginda, Nabi
Allah yang paling mulia hanya dibasuh dengan air yang paling mulia pula. Allah (SWT) memberikan keistimewaan kepada air yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Baginda Rasulullah (s.a.w.) ada bersabda:
|
|
Sesungguhnya air
zamzam itu
penuh keberkatan, air itu mengenyangkan dan dapatmenyembuhkan penyakit.
|
|
Jika kita meminumnya dengan niat ingin menghilangkan
rasa lapar, maka Allah
(SWT) akan memberikan rasa kenyang kepada kita. Jika kita meminumnya dengan niat ingin sembuh daripada
penyakit, maka Allah (SWT) akan memberikan penyembuhan terhadap penyakit
tersebut. Bahkan, jika kita meminum air zamzam untuk pelbagai
keperluan, maka Allah (SWT) akan memperkenankan keperluan tersebut. Hal ini
bersesuaian dengan apa yang disabdakan oleh Baginda Rasulullah (s..a.w.)
dalam salah satu hadis:
|
|
Air zamzam itu terpulang kepada niat untuk
apa ia diminum
|
|
Air zamzam adalah air yang diberkati oleh Baginda Rasulullah (s.a.w.) menerusi percampuran ludahBaginda (air liur) yang suci, hinggakan keberkatannya berlipat-ganda. Baginda Rasulullah (s.a.w)telah pun
berwuduk dengan air zamzam. Baginda juga kerap mengambilnya sebagai miinuman. Kekerapan mengambil manfaat daripada air
zamzam adalah
merupakan unsur-unsur keimanan dan petanda terbebasnya saseoranng itu
dari sifat-sifat munafik. Hal ini bersesuaian dengan hadisBaginda:
|
|
Sesungguhnya yang
membezakan identiti
kita dengan orang-orang munafik adalah, bahawa
orang-orang munafik tidak
mengambil manfaat daripada air zamzam
|
|
Memandangkan bahawa air zamzam mempunyai keistimewaan besar dan
mengandungi kebaikan, maka air zamzam merupakan hidangan dan pemberian yang paling utama. Sebab itulah, Baginda Rasulullah (s.a.w.) sentiasa memberikan air zamzam apabila Baginda ingin menjamu hidangankepada seseorang. Baginda Rasulullah (s .a.w.) juga
menjadikan air zamzam sebagai bekalan ketikadalam perjalanan, membawanya ke pelbagai ceruk rantau. Aisyah (r.a.) juga
membawa air zamzamdan berkata bahawa Baginda Rasulullah (s.a.w) sentiasa membawanya. Jumlah air zamzam yang sangat banyak
itu, tidak akan habis kekeringan meskipun saban hari kerap digunakan. Ianya
tidak akan habis selagi dunia ini belum berakhir. Air zamzam merupakan
salah satu daripada mata air syurga. Itulah sebabnya ianya mempunyai
kelebihan, kebaikan dan keberkatan.
|
|
kalam penulis
(-:السلام عليكم ورحمة الله...اهلا وسهلا:-)
..::saranghae::..
“Rawatilah Dirimu dengan Istighfar,dikala hamba itu diuji,baru dia rasa nikmatnya sujud “
05/07/2012
AIR ZAM-ZAM
Subscribe to:
Posts (Atom)