kalam penulis

(-:السلام عليكم ورحمة الله...اهلا وسهلا:-)
..::saranghae::..

“Rawatilah Dirimu dengan Istighfar,dikala hamba itu diuji,baru dia rasa nikmatnya sujud “

18/11/2013

DOA PENAWAR

Asma / Lelah
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Doa Penghilang Sakit

Batu Karang
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Ayat Pemecah {al-Mukminun : 115-118}
3. Selawat Syifa'

Buasir
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}
5. Doa Tambahan (Belum Sembuh)

26/04/2013

BIARKAN...

Biarkan apa orang nak kata yang penting kita jaga Islam...setiap subuh kita baca qunut,dalam qunut kita sebut  Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan"dan sesungguhnya tidak hina orang yang engkau pimpin"..maknanya kita kena jadi orang yang Allah pimpin sebab itu kita minta Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan ...apabila Allah pimpin kita nescaya kita tak hina ...biarlah orang hina kita janji disisi Allah kita tak hina...biar dimata orang kita kalah tapi disisi Allah kita menang...semua orang hina kita tapi kalau Allah pimpin kita, kita tak hina...tapi Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan"dan hinalah orang yang engkau musuhi"...didunia ni orang puji kita tapi benda yang kita buat itu bercanggah dengan hukum Allah  maka sebenarnya kita tak mulia bahkan kita hina...so, biar apa orang nak kata yang penting keredhaan Allah kepada kita.....("kita buat keja dah ,menang kalah  itu kuasa Allah"-TG Nik Abdul Aziz) jom bersama-sama kita  menegakkan syariat Allah....takbir...takbir...takbir..

Orang tua ini hanya mahu Islam paling di atas


mereka  kata Orang tua ini nyanyuk..
tetapi 30 juzuk dalam kepalanya
mereka  kata orang tua ini gila..
perintah Kelantan bersih tiada penyelewengan dan rasuah
mereka  kata orang tua ini tamak dan gila kuasa..
separuh gaji MB nya disedekah..rumahnya sederhana
mereka  kata orang tua ini perosak Islam pemecah ummah..
ulama seluruh dunia iktiraf dan sanjung tinggi dirinya
mereka  kata orang tua ini pembawa malapetaka..
tenang, bersahaja, senyum dan sabar orangnya
mereka  kata orang tua ini bapa kafir..
Islam sangat kah mereka..???

Orang tua ini hanya mahu Islam paling di atas
orang tua ini mahu undang Islam terlaksana
Al Quran bukan sekadar musabaqah setiap tahun dipertandingkan
maulidur rasul bukan sekadar berarak kerah agensi kerajaan
Islam adil kepada semua dan berkebajikan...

11/03/2013

DOA&PENAWAR


pada 7/11/2012 ustaz datang ke tempat(kawasan) saya untuk berceramah...selesai cerama saya p kat ustaz minta tanda tangan buku "TUHAN SEDANG MENGUJI KITA" sewaktu ustaz tanda tangan saya minta keiizinan ustaz mengamalkan semua yang terkandung dalam buku "DOA & PENAWAR TERPILIH" dan ALHAMDULILLAH, ustaz mengizinkan...jazakallahu khairan kasiira ustaz...

08/03/2013



Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah menempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai ansarullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat di hati
Hingga nyata benarnya janji rabbi

Selamatlah parti islam melangkah
Membimbing ummah ke medan siasah
Berpedomankan al-quran dan sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah(3x) Iklan

17/02/2013

RISALAH


Terima kasih kerana anda sudi membaca risalah
!!!Program Amal Makruf Nahi Mungkar!!!
Bersyukur kerana anda merupakan insan yang dipilih dan diberikan hidayah untuk membaca risalah ini.
1.jangan hampiri zina .didalam al-Quran jelas mengatakan “dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk” surah al-Isra’ ayat 32
Kita perlu bersyukur kerana kita belum pernah berzina...zina ini nak hampiri zina pon tidak dibenarkan apatah lagi berzina.
2.taatilah kedua ibu bapa. Tidak ada sebab kita tidak mahu mentaati kedua-dua ibu bapa kita.merekalah yang membesarkan kita,merekalah yang bersusah payah untuk mencari rezeki kepada kita.bila kita menangis ,ibu bapa yang pujuk,bila kita lapar ibu bapa kita yang suapkan...tetapi bila kita sudah dewasa ibu bapa kita menangis ,kita biarkan,bila ibu bapa kita lapar kita biarkan...jadi marilah sama-sama kita mentaati ibu bapa kita.
3.jagalah solatmu. Solatlah oleh dirimu sebelum dirimu disolatkan...mahukah kita melihat kita direjam didalam neraka saqar kerana meninggalkan solat.kita duduk didalam kubur kita dipukul dipalu berhari-hari siapa tidak boleh menolong kita ..jadi solatlah ...
4.jangan lupa kita ini makhluk dan hamba. Kita ini hanyalah seorang hamba yang tidak boleh buat apa-apa jikalau tidak diizinkan..jadi  apa sebab kita hendak sombong ..kita sombong sebab kita kaya ...ingatlah harta kita itu hanya diberi pinjam untuk kitadiuji..adakah kita sombong dengan harta itu..kita sombong sebab kita cantik..ingatlah kecantikkan yang tidak dijaga ,,ditunjukkan secara berlebih-lebihan itu akan merosakkan kita..kita tidak menutup aurat sebab kita nak tunjuk kecantikan kita...ingatlah kecantikan itu yang membinasakan kita.
5.jaga batasan berkawan.kita wajib menjaga batasan kita semasa bercampur lelaki dan perempuan..ini kita berpegang tangan , berdua-duaan ..ingatlah ia merupakan satu cabang zina..nak bersembang lelaki dan perumpuan mesti ada batasan..jangan mengeluarkan kata-kata yang menaikkan nafsu..jangan berdua-duaan kerana ditengah tengah kamu itu terdapat syaitan..memang kita tak buat zina tapi syaitan akan menggoda kita supaya melakukan perkara yang menaikkan nafsu seperti romantic-romantik..
.::JANGAN LUPA KITA AKAN DIHISAB DI AKHIRAT SANA::.

bahasa arab


Teknik Membina Ayat
اسم
حرف
اسم
فعل
Ayat dapat dibina dengan mudah jikalau ikut kaedah ini.
Fi’il [perbuatan mesti sedang dilakukan.::mesti tambah huruf”ya”(dia lelaki)”ta”(dia perempuan)sahaja]
Sebagai contoh:                                                                                                                                                                                                                                                                             
                                                           قرأ[يقرأ/تقرأ]                                                         
Jangan sesekali menggunakan “alif”(saya)dan”na”(kami) yang melakukan seperti contoh:
أذهب/نذهب

Isim yang pertama pada kotak kedua adalah si pelaku:
Jangan sesekali menggunakan berkaitan dengan diri seperti:
أبي
أمي
Tetapi gunakanlah:
الأب dan الأم
Nota penting:Bilangan isim mesti ikut gambar
Kalau kena jama’ letakkan jama’ kalau musanna letakkan musanna

Isim kedua pada kotak yang keempat ialah benda/tempat
Penyusunan ayat:
اسم
حرف
اسم
فعل
المكتب
على
القطة
تنام
meja
atas
kucing
Tidur(oleh)
الكتاب
Pengunaan harfun digunakan jika perlu
الأب
يقرأ
buku
-
bapa
Baca(oleh)


12/02/2013

TASRIF FI'IL MADHI



هو فعل / كتب
هما فعلا / كتبا
هم فعلوا / كتبوا
هي فعلتْ / كتبتْ
هما فعلتا / كتبتا
هن فعلن / كتبن
أنتَ فعلتَ / كتبتَ
أنتما فعلتما / كتبتما
أنتم فعلتم / كتبتم
أنتِ فعلتِ / كتبتِ
أنتما فعلتما / كتبتما
أنتن فعلتن / كتبتن
أنا فعلتُ / كتبتُ
نحن فعلنا / كتبن

11/02/2013

(1) Asma (Lelah/Sesak Nafas)


Kaedah Bacaan:
1. Al- Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa penahan sakit
(bacaan di atas di baca pada air (bg minum dan sapu di dada) dan pesakit (letak tangan di dada))

Bahan2 yang digunakan:
a. Lendir belut (belut liar (yang memang hidup dlm habitat) bukan yang dibeli/diternak)
i. untuk dimakan; 1 genggam beras dilurut pada belut (supaya melekat pada beras) kemudian tumbuk dan jadikan bubur
ii. lurut pada roti, sapu dengan planta dan makan
iii. kikis lendir belut, masukkan dalam air kegemaran dan minum
iv. Lapah kulit belut yang ada lendir tu buat sup
- cara tangkap belut kena guna buluh; tebuk dipangkal. belut ni dia kalau dh masuk tak pandai nak gostan2 balik
- amalkan salah satu cara di atas, 3 kali seminggu, bacakan dengan 3 bacaan tadi
- cara rawatan ini sangat sesuai dan mujarab untuk kanak2 yang baru kena asma, insyaAllah
- orang dewasa pun boleh tp ambil masa sedikit untuk sembuh
b. Kelapa Tumbuh
- dikisarkan (kecuali sabut & tempurung) jadikan jus, dibacakan 3 ayat tadi kemudian diminum
- sesuai untuk merawat org dewasa
c. Getah Buah Betik
- 1 sudu madu lebah, bawa ke pokok yang ada buah betik, lukakan sedikit pada buah betik muda, getah yang keluar dari buah betik tu jatuhkan pada madu tadi sebanyak 3 titik sahaja, bcakan 3 bacaan tadi kemudian dimakan
- biasanya kalau org yg lelah teruk amalkan cara ni, tekak dia akan rasa gatal dan terus muntah. muntah tu dia akan keluar kahak2
- info tmbhn : kalau demam denggi; ambik pucuk betik yang sedang2 muda, dikisar, ditapis, minum
d. Anak Burung Ciak Rumah (anak burung yang bersarang dibumbung rumah)
- ambik anak burung, sembelih ikut syarak, buat sup dan dimakan. jgn lupa baca 3 bacaan tu ye

24/01/2013

YA NABI SALAM ALAIKA YA RASUL SALAM ALAIKA

..::MENYAMBUT HARI KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W ....KENANGI SEMULA JASA BAGINDA RASULULLAH...KENANGI KEMBALI BETAPA BANYAKNYA JASA BAGINDA S.A.W ...TAPI INGAT CINTA KEPADA NABI ITU SETIAP MASA SETIAP SAAT SETIAP DETIK BUKAN PADA HARI KELAHIRAN BAGINDA SAHAJA...SEKIAN....::CINTA NABI CINTA RASUL::..

13/01/2013

LATIHAN 3 KHAS SOALAN1:BAHASA ARAB PMR


قسم  " أ "
أجب عن سؤال واحد من هذا القسم.
السؤال الأول (  20 درجة )

  أ)     املأ الفراغات الآتية باختيار الإجابة الصحيحة مما بين القوسين.
ايسي تمفت كوسوغ دباوه دغن مميليه جوافن يغ بتول درفد فركاتاءن يغ تردافت دالم كوروغن.

(1)           يَأْكُلُ ________ َالْحَلَوِيَّاتِ فِي الْمَطْعَمِ. ( اَلطَّالِبُ / اَلطَّالِبَةُ / اَلطَّالِبَاتُ )
(2)           _______ يُصَلُّوْنَ صَلاَةَ التَّرَاوِيْحِ فِي الْمَسْجِدِ. ( هُوَ / هُمَا / هُمْ )
(3)           َاللاَعِبَتَانِ _______ تَلْعَبَانِ فِي اْلأَسْتَادِ نَشِيْطَتاَنِ. ( َالَّتِي / َاللَّتاَنِ / َاللآئِي )
(4)           ياَ مُسْلِمَة ! ______ اَلْخِمَارَ وَاسْتـُرِيْ عَوْرَتَكِ. ( اِلْبِسِيْ / اِلْبَسْ / اَلْبَسْنَ )
(5)           اَلْمُجْتَهِدَانِ _______ الدُّرُوْسَ فِي الْمَكْتَبَةِ. ( يُرَاجِعُ / يُرَاجِعَانِ / تُرَاجِعَانِ )
(6)           ______ سِعْرُ هَذَا الْقَلَمِ ؟ ( هَلْ / كَيْفَ / كَمْ )
(7)           اَلصَّدِيْقُ ______ يُسَاعِدُنِيْ فِي الدِّرَاسَةِ. ( اَلْحَمِيْم / اَلْحَمِيْمَانِ / اَلْحَمِيْمُوْن )
(8)           تُسَاعِدُ فَاطِمَة ______ فِي غَسْلِ الْمَلاَبِسِ. ( أُمّه / أُمَّهُمَا / أُمَّهَا )
(9)           كَانَ ______ يَزْرَعُ اْلأَرُزَّ فِي حَقْلِهِ. ( اَلْفَلاَّح / َالْفَلاَّحَة / اَلْفَلاَّحُوْنَ )
(10)     اَلطَّبِيْبَاتُ _______ فِي عِلاَجِ الْمَرْضَى. ( مُخْلِصَة / مُخْلِصُوْن / مُخْلِصَات )

               
   [ 10 درجات ]

12/01/2013

PETUA TOK ABAH

terseliuh...
kaedahnya tok abah saya bagi...cuma bacaan tu saya kurang jelas...jadi kaedah saya amik dan bacaan tu saya ada tambahan sikit...
bacaan:al-fatihah,selawat syifa',selawat tafrijiyyah.
surah al-fath ayat 1-3
48:1
48:2
48:3
kaedahnya:kita baca kat air dan letak tangan diatas pesakit sambil mengurut dan bagi air tu bagi pesakit urut sendiri pada setiap pagi.

PETUA NENEKKU

melecur/terkena api...
pada waktu hari raya yang lalu...kami(sepupu-sepupu) main bunga api ...dan ada diantara kami cucuh benda kat api tu...lepas tu saya padam la api tu pastu tangan saya melecur sampai berlubang sikit ...saya p kat tok saya...tok saya baca dan hembus kat tempat melecur tu...AlhamdLillah...saya ok balik...lepas tu saya tanya tok saya...tok baca apa?...tok saya kata yang cerita pasal Nabi Ibrahim dicampakkan kedalam api...bacaannya ialah:al-fatihah dan
21:69
..........................:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::;;...........................................
itulah doa yang tok saya cakap....

11/01/2013

PENYAKIT DAN KAEDAH MERAWATNYA


Batu Karang
1-Bacaan :al-fatihah,selawat syifa',selawat tafrijiyyah
2-Al-Baqarah : Ayat 60
2:60


BAHAN-BAHAN RAWATAN
1. Air
2. Lobak Putih : 3 biji
3. Gula Batu
KAEDAH RAWATAN
Dibacakan Asas 10 dan surah serta doa yang tertentu pada semua bahan di atas. Lobak putih akan dibuat jus serta dicampurkan gula batu. Cara menyediakan dengan membersih lobak dan memotong halus dan dimasukkan dalam blender bersama gula batu dikisar sehingga lumat. Campuran perlu ditapis dan dimasukkan dalam 3 botol untuk tiga biji lobak yang dikisar itu dan diletakkan dalam peti ais. Perlu diminum oleh pesakit selama 3 hari berturut-turut setiap pagi. Maknanya sebiji setiap hari sehingga habis.
Manusia wajib berusaha dan berikhtiar untuk kesembuhan penyakit yang dialami namun kesembuhan milik Allah jua. InsyaAllah akan menolong kepada sesiapa yang berhajat walau ilmu yang ada hanya sedikit tapi tak salah untuk kita sama-sama berikhtiar dan berniat untuk tujuan kebaikan dan yang penting keikhlasan semua perbuatan yang kita lakukan.

Buasir
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}
أعوذ بعزة الله وقدرته من شرما أجد وأحاذر

bahan:
manggis
kaedah;
bacakan ayat tadi pada bahan,Jangan buang kulit manggis. Basuh kulit manggis dan jemur hingga kering. Rebuskan dengan 5 cawan air sehingga menjadi 1 cawan. Minum air rebusan tersebut setelah suam. Amalkan selalu.