kalam penulis

(-:السلام عليكم ورحمة الله...اهلا وسهلا:-)
..::saranghae::..

“Rawatilah Dirimu dengan Istighfar,dikala hamba itu diuji,baru dia rasa nikmatnya sujud “

26/03/2012

AYAT AHZAB


AYAT AHZAB


PENGERTIAN BERAMAL DENGAN AYAT AZAB
Ayat-ayat azab adalah merupakan sebahagian daripada  ayat-ayat yang boleh digunakan untuk meruqyah.Tetapi tidak mesti ayat-ayat azab. Sahabat pernah meruqyah kepala suku dengan menggunakan surat al-Fatihah. Sementara surat al-Fatihah bukanlah surat yang berisi azab. Malaikat Jibril sendiri meruqyah nabi dengan menggunakan surat muawwidzatain (al-Falaq dan an-Nas). Dan kedua surat itu adalah surat perlindungan seperti namanya (muawwidzatain) dan bukan merupakan ayat azab.

        Terkadang jin terasa kesakitan dengan dibacakan ayat-ayat umum seperti,surah al-fatihah.ayatul kursi ,tiga ayat terakhir surah Al-baqarah dan muawwizatin.Tetapi terkadang jin tidak beraksi walaupun ayat-ayat itu dibacakan.Ada beberapa kemungkinan mengapa jin nampa tenang-tenang saja.Salah satu sebabnya adalah jin akan segera merasakan kekuatan ayat-ayat ataupun kata-kata Allah ketika dipilih ayat-ayat yang membahas kesalahan utama bagi kaum jin.Umpamanya ,jin munafik akan sangat kesakitan jika dibacakan surah al-munafiqun dan ayat-ayat yang membongkarkan rahsia orang-orang munafik berikut azab yang akan menimpa mereka.jin beragama kristien akan merasakan kesakitan yang sangat ketika dibacakan surah Al-maidah :72-76 yang menceritakan bahawa sesiapa saja yang menuhankan isa adalah kafir.jika penyebabnya adalah sihir,maka bacalah berulang –ulanglah membaca ayat-ayat tentang sihir ,kisah Nabi Musa dan tukang sihir firaun.
      Jadi,selain menggunakan ayat-ayat azab ,penggunaan ayat lain juga tergantung pada keadaan.Selain ayat-ayat Al-Quran ,masih ada juga doa-doa yang diajarkan Rasulullah .
        Bacaan ayat Al-Quran kalau dibaca benar fungsinya bukan untuk menghadirkan makhluk ghaib melainkan untuk mengusirnya .Sebab bacaan yang benar dan dilakukan oleh orang yang beriman akan dirasakan bagi membakar jin.
       Bacaan ayat-ayat azab berpengaruh pada jin dari jasad pesakit sebelum dia berbicara  sehingga Allah telah menghindarkan anda dari kejahatannya atau menarik dan menghadirkan jin yang berada dalam tubuh dan memaksanya untuk berbicara dengan anda.Tanda-tanda kehadiran jin ketika rawatan adalah seperti berikut:

- Memejamkan kedua mata atau mengerdip-ngerdipkan kedua mata dengan keras, atau meletakkan kedua tangan diatas kedua mata.
-  Gementar dengan keras pada jasad atau gementar ringan pada hujung jemari.
-  Memberontak dengan keras.
- Teriak dan menjerit.
-  Menyebutkan namanya
Setelah membaca bacaan ayatul Ruqyah tersebut di atas pada telinga pesakit dengan baik dan benar ( tartil ) dan suara keras maka akan terjadi tiga kemungkinan:Pertama : Pesakit akan kerasukan dan jin akan bercakap melalui lidah pesakit tadi. Dalam keadaan begini hadapilah jin tersebut dengan cara berikut :
Mulailah berbicara dengan pertanyaan-pertanyaan berikut :
-  Siapa namamu? Apa agamamu?
-  Apa sebabnya kamu masuk ke jasad orang ini?
-  Apakah ada jin lain bersamamu di dalam jasad ini? Apakah kamu bekerja dengan tukang sihir?
-  Dimana kamu tinggal di dalam jasad ini?
-  Perintahkan agar dia (jin) keluar dari jasad pesakit dan meninggalkan pesakit buat selama-lamanya.
-  Jikalau jin berdegil berikan ancaman dengan ancaman membakarnya dengan bacaan ayat-ayat Azab.

AL-BAQARAH 205
AN-NISA’ 166-169


AL-MAIDAH 33-37
AL-ANFAL 9-14
AL-HIJR 16-18
AL-ISRA’ 110-111
AL-AMBIYA’ 70
AS-SOFFAT 1-9
AD-DUKHAN 43-50
AJ-ATIYAAH 7-11
AL-AHQAF 29-34
AR-RAHMAN 32-44
AL-HAQQAH 25-37
AL-BURUJ 1-22
AL-A’LA 1-19
AL-ZALZALAH 1-8

AN-NASHR 1-3




No comments:

Post a Comment