kalam penulis

(-:السلام عليكم ورحمة الله...اهلا وسهلا:-)
..::saranghae::..

“Rawatilah Dirimu dengan Istighfar,dikala hamba itu diuji,baru dia rasa nikmatnya sujud “

17/02/2013

RISALAH


Terima kasih kerana anda sudi membaca risalah
!!!Program Amal Makruf Nahi Mungkar!!!
Bersyukur kerana anda merupakan insan yang dipilih dan diberikan hidayah untuk membaca risalah ini.
1.jangan hampiri zina .didalam al-Quran jelas mengatakan “dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk” surah al-Isra’ ayat 32
Kita perlu bersyukur kerana kita belum pernah berzina...zina ini nak hampiri zina pon tidak dibenarkan apatah lagi berzina.
2.taatilah kedua ibu bapa. Tidak ada sebab kita tidak mahu mentaati kedua-dua ibu bapa kita.merekalah yang membesarkan kita,merekalah yang bersusah payah untuk mencari rezeki kepada kita.bila kita menangis ,ibu bapa yang pujuk,bila kita lapar ibu bapa kita yang suapkan...tetapi bila kita sudah dewasa ibu bapa kita menangis ,kita biarkan,bila ibu bapa kita lapar kita biarkan...jadi marilah sama-sama kita mentaati ibu bapa kita.
3.jagalah solatmu. Solatlah oleh dirimu sebelum dirimu disolatkan...mahukah kita melihat kita direjam didalam neraka saqar kerana meninggalkan solat.kita duduk didalam kubur kita dipukul dipalu berhari-hari siapa tidak boleh menolong kita ..jadi solatlah ...
4.jangan lupa kita ini makhluk dan hamba. Kita ini hanyalah seorang hamba yang tidak boleh buat apa-apa jikalau tidak diizinkan..jadi  apa sebab kita hendak sombong ..kita sombong sebab kita kaya ...ingatlah harta kita itu hanya diberi pinjam untuk kitadiuji..adakah kita sombong dengan harta itu..kita sombong sebab kita cantik..ingatlah kecantikkan yang tidak dijaga ,,ditunjukkan secara berlebih-lebihan itu akan merosakkan kita..kita tidak menutup aurat sebab kita nak tunjuk kecantikan kita...ingatlah kecantikan itu yang membinasakan kita.
5.jaga batasan berkawan.kita wajib menjaga batasan kita semasa bercampur lelaki dan perempuan..ini kita berpegang tangan , berdua-duaan ..ingatlah ia merupakan satu cabang zina..nak bersembang lelaki dan perumpuan mesti ada batasan..jangan mengeluarkan kata-kata yang menaikkan nafsu..jangan berdua-duaan kerana ditengah tengah kamu itu terdapat syaitan..memang kita tak buat zina tapi syaitan akan menggoda kita supaya melakukan perkara yang menaikkan nafsu seperti romantic-romantik..
.::JANGAN LUPA KITA AKAN DIHISAB DI AKHIRAT SANA::.

No comments:

Post a Comment