kalam penulis

(-:السلام عليكم ورحمة الله...اهلا وسهلا:-)
..::saranghae::..

“Rawatilah Dirimu dengan Istighfar,dikala hamba itu diuji,baru dia rasa nikmatnya sujud “

16/05/2012

GARIS PANDUAN PERAWAT MENURUT ISLAM


 GARIS PANDUAN PERAWAT
MENURUT ISLAM
1.
TUJUAN
1.1
Garis panduan ini disediakan untuk dijadikan panduan kepada umat Islam
khususnya mereka yang terlibat dengan amalan rawatan Islam supaya terhindar dari
amalan yang bertentangan dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam yang sebenar.
2.
PENDAHULUAN
2.1
Islam amat menitikberatkan soal-soal aqidah, syariah dan akhlak. Segala
amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber asal Al-
Quran, Hadith, Ijmak dan Qias adalah ditolak. Dalam urusan rawatan kepada pesakit,
satu perkara harus diingat oleh semua pihak, bahawa hanya Allah sahaja berkuasa
mutlak menentukan sesuatu dan menjadikannya, lebih-lebih sesuatu dan
menjadikannya, lebih-lebih lagi sakit dan sembuh adalah hak-Nya, manusia
hanyalah disuruh berusaha dan berikhtiar. Dalam hubungan ini, umat Islam di
negara ini adalah kepercayaan-kepercayaan dan amalan-amalan tradisi tertentu dan
sedikit sebanyak ada hubungkaitnya dengan pengaruh dari fahaman anamisme,
dinamisme, Hindu dan lain-lain.
2.2
Garis panduan ini perlu dijadikan asas dan panduan supaya dapat mengelakkan
diri dari penyelewengan dalam aqidah dan syariat Islam. Allah sw.t. berfirman:

“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain
dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat
mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang
demikian, maka apda saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku
zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)”. (Surah Yunus: 106)
Di samping itu Islam tidak membenarkan umatnya menggunakan sihir, kerana
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan”. Para sahabat bertanya, “apakah tujuh
perkara itu?” Baginda menjawab: “menyengutukan Allah, sihir, membunuh orang
tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan
menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk”. (Hadith riwayat al-Bukhari, Kitab Sahih al-Bukhari, Kitabul Hudud, Bab 44 m.s.33).
Selain itu Rasulullah s.a.w. bersabda:
Berkata Abu Zubair, aku dengar Jabir bin Abdullah berkata, seorang lelaki daripada
kami telah disengat kala jengking. Ketika itu kami duduk bersama Rasulullah s.a.w.

Maka berkata seorang lelaki wahai Rasulullah! Bolehkah aku jampi? Baginda
bersabda “Barangsiapa yang mampu di antara kamu untuk memberi manfaat
kepada saudaranya maka hendaklah dilakukan" .(Hadith riwayat Imam Muslim – Bab Istihbab al-Ruqyah min Al-Ain wa An Namlah wal Hummah wal An Naqrah, Jld.9, m.s. 5905)
2.3
Dalam sejarah Islam memang wujud cara perubatan tertentu sepertimana yang
dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Selain dari cara pengubatan
biasa, mereka juga telah menggunakan doa-doa, khusus bagi mengubati penyakit-
penyakit sepertimana yang terdapat di dalam buku-buku perubatan . Walau
bagaimanapun, mereka tidak menggunakan kaedah atau kepercayaan seperti yang
difahami oleh sesetengah pihak yang tidak dikehendaki syarak seperti dengan
memanggil roh datuk nenek, roh wali-wali, syeikh-syeikh dan khadam-khadam
tertentu.
Oleh itu, kita dibolehkan untuk melakukan jampi kepada diri, kaum keluarga atau
orang lain yang ditimpa kesusahan, kerana jampi merupakan doa perlindungan
berdasarkan syarak. Jika lain dari itu, perlu dilihat adakah ia berlawanan dengan
syarak atau tidak.
2.4
TAKRIF
2.4.1
Bomoh, menurut Kamus Dewan ialah tabib kampung (yang mengubati orang
sakit dengan menggunakan tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi).
2.4.2
Dukun ialah orang yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara
kampung atau tradisional (dengan membaca jampi serapah dan sebagainya)
(Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL. 1989, m.s. 297)
2.4.3
Pawang ialah:
2.4.3.1
Orang yang mempunyai kebolehan yang istimewa untuk melakukan sesuatu, (biasanya dengan menggunakan kuasa ghaib).
2.4.3.2
Orang yang pandai mengubati orang sakit dan lain-lain (dengan menggunakan jampi mentera dan lain-lain) (Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL, 1989 m.s. 920).
2.4.4
Takrif Kita : Jampi ialah perlindungan yang dijampi keapda seseorang yang mengidap sakit seperti demam, pening dan lain-lain penyakit. Dalam bahasa Arab, jampi dikenali dengan al-Ruqa atau al-Ruqyah.
2.5
GARIS PANDUAN PERAWAT ini mengandungi perkara-perkara berikut:
2.5.1
Asal usul Rawatan Islam
2.5.2
Matlamat Rawatan Islam
2.5.3
Syarat-syarat Perawat

2.5.4
Mengenai perawat
2.5.5
Ikrar dan Sumpah
2.5.6
Pantang Larang
2.5.7
Adab Semasa Merawat
2.5.8
Pengamalan Rawatan Islam
2.5.9
Bayaran Perkhidmatan danPengeras
2.5.10
Pengijazahan
2.5.11
Tertakluk kepada Undang-undang Negara.
3.
GARIS PANDUAN PERAWAT
3.1
Asal-Usul Rawatan Islam
Setiap individu atau kumpulan tidak boleh mendakwa bahawa rawatanya bersumber
dari Nabi Muhammad s.a.w. para anbia atau diambil dari al-Quran dan hadith atau
berasal dari amalan para sahabat Nabi s.a.w. atau lain-lain jika tidak ada alasan
yang kukuh berdasarkan nas al-Quran dan al-Hadith.
3.2
MATLAMAT RAWATAN ISLAM
3.2.1
Matlamat rawatan hendaklah matlamat yang baik seperti untuk kesihatan
tubuh badan, kerukunan hidup bermasyarakat dan berumahtangga.
3.2.2
Dilarang sama sekali untuk membalas dendam, membuat aniaya, menakut-
nakutkan, mengugut orang lain dan lain-lain.
3.3
SYARAT-SYARAT RAWATAN ISLAM
Bagi mempastikan rawatan tidak bercanggah dengan ajaran Islam perkara
berikut hendaklah dikenalpasti:
i.
Tidak menggunakan bentuk amalan sihir, ilmu hitam, tilik tenung, tukang nujum, ramalan tapak tangan dan silap mata.
ii.
Tidak boleh mengaitkan sesuatu pengeras dengan suatu akibat.
iii.
Tidak boleh percaya keapda sial dan mudarat yang menimpa seseorang atau diri.
iv.
Tidak boleh melakukan perkara-perkara yang berunsur syirik seperti semah
pantai, sembelihan binatang, buang ancak dan lain-lain.
v.
Tidak boleh menyembelih binatang untuk sesuatu tujuan yang bukan syariat.
vi.
Tidak boleh melakukan rawatan atau bacaan tertentu yang menggunakan unsur-unsur meminta izin atau bantuan dari kuasa-kuasa makhluk “ghaib” dalam acara rawatan.
vii.
Tidak boleh menyajikan makanan untuk menjamu penunggu.
viii.
Tidak boleh mentaati perawat atau seseorang pada perkara-perkara yang jelas bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam.
ix.
Menolak sebarang syarat yang diberikan yang bertentangan dengan aqidah,
syariah dan akhlak Islam.

3.4
MENGENAI RAWATAN ISLAM
3.4.1
Perawat hendaklah beragama Islam, aqil dan baligh serta mengetahui apa
yang diucapkannya.
3.4.2
Tidak melakukan perakra-perkara yang boleh membawa syirik, sama ada
melalui iktikad, perkaraan atau perbuatan.
3.4.3
Tidak meninggalkan ibadat-ibadat wajib dalam Islam seperti sembahyang
fardhu, puasa dan zakat.
3.4.4
Tidak melakukan maksiat, jenayah dan yang bertentangan dengan undang-
undang Islam.
3.4.5
Tidak memecahbelahkan masyarakat dan keluarga.
3.4.6
Tidak mentafsir ajaran agama islam mengikut hawa nafsu.
3.4.7
Tidak memasukkan atau menggunakan unsur-unsur yang bercanggah dengan
islam seperti sihir, ilmu hitam dan menurun kerana pengamalnya termasuk dalam kategori penyeru iblis dan syaitan dengan ucapan-ucapan yang tidak wajar atau boleh membawa kepada kufur dan syirik.
3.4.8
Tidak boleh bersahabat dengan makhluk ghaib seperti jin dengan tujuan
mendapat pertolongan dalam perkara yang ditegah oleh syarak walaupun dikatakan dengan jin Islam kerana kita tidak tahu sama ada betul Islam atau tidak.
3.4.9
Tidak boleh meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga
membawa kepada syirik kerana dibimbangi wujud unsur menafikan kudarat Allah.
3.4.10
Tidak harus meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan
kerana dibimbangi wujud keyakinan bahawa makhluk-makhluk ini mempunyai kuasa yang sama dengan Allah atau mengurangkan keyakinan kepada kuasa Allah semata-mata
3.4.11
Tidak harus meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir atau
nujum atau menurun. Kerana ia termasuk dalam amalan syirik atau dilarang oleh Allah dan boleh merosakkan aqidah orang yang terlibat dengannya.
3.4.12
Tidak boleh melakukan ramalan tentang buruk atau baik pada masa akan
datang dan tidak harus menyatakan pada ramalan yang telah lalu dengan cara
tebakan, tenung dan lain-lain.
3.4.13
Hendaklah mengikhlaskan hati dengan amalan, semata-mata mencari
keredhaan Allah S.W.T.
3.4.14
Hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah. Kerana Allah sahaja yang
memberi kebaikan dan pertolongan.
3.5
IKRAR SUMPAH DAN TAAT SETIA
3.5.1
Sumpah tidak dibolehkan semasa perbomohan, hanya ikrar saja boleh
digunakan mengikut kesesuaian.
3.5.2
Pengamal Rawatan Islam tidak boleh taat secara membuta tuli kepada
perawat. Mereka boleh mengikut suruhan perawat tertentu selama tidak

bercanggah
dengan hukum syarak.
3.5.3
Bacaan-bacaan, amalan dan ikrar yang terdapat di dalam pengakuan ikrar
hendaklah tidak mengandungi perakra-perkara yang bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam seperti memuja dewa atau nama berhala.
3.5.4
Di dalam upacara ikrar sama ada dari segi fizikal atau mental hendaklah tidak mempunyai unsur-unsur yang mensyirikkan Allah dan menjatuhkan maruah seseorang sebagai orang Islam.
3.6
PANTANG LARANG
3.6.1
Tidak boleh dikaitkan dengan pantang larang sesuatu unsur pemujaan,
meminta izin, perlindungan atau bantuan daripada makhluk-makhluk ghaib seperti hantu, jin, penunggu atau orang halus dan sebagainya.
3.6.2
Tidak boleh memenuhi kehendak pantang larang perawat sehingga
melakukan perkara-perkara yang ditegah di dalam Islam seperti meninggalkan tanggungjawab sebagai suami atau isteri, membuka aurat, bersunyian antara pesakit yang lain jantina dengan perawat sahaja dan sebagainya.
3.6.3
Perkara-perkara yang harus dan halal dalam syariat Islam tidak boleh
dihukumkan haram atau sebaliknya.
3.6.4
Tidak menurut apa-apa pendapat perawat yang bertentangan dengan apa
juga perkara yang berhubung aqidah, syariah dan akhlak Islam.
3.7
ADAB SEMASA MERAWAT
3.7.1
Tidak mendakwa perkara-perkara yang ghaib.
3.7.2
Perawat tidak boleh takbur dan tidak boleh menganggap orang lain lemah dan lekeh.
3.7.3
Perawat hendaklah melarang pesakitnya memuja, mengagung dan taksub
kepadanya.
3.7.4
Perawat hendaklah mengikut adab sopan dan tatatertib Islam ketika menolong seseorang sama ada bersendirian atau bersama pesakit.
3.7.5
Hendaklah menjaga kesopanan susila adab sebagai orang Islam.
3.8
PENGAMALAN RAWATAN ISLAM
3.8.1
Rawatan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah dan sifat-sifat-Nya atau
merupakan maksud di sebalik kalimah atau nama-nama Allah atau sifat-sifat-Nya seperti mengatakan ilmu rawatan itu diterima terus dari Allah atau kudaratnya adalah kudrat Allah atau melalui mimpi berjumpa wali, malaikat atau lainnya.
3.8.2
Pengamalan rawatan Islam tidak boleh diertikan sebagai maksud yang tersirat daripada diri atau jasad dan roh Rasulullah s.a.w., para malaikat, nabi-nabi dan orang soleh seperti Nur  Muhammad menjelma ke dalam diri dan sebagainya.

3.8.3
Tidak boleh memuja dan memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau
peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada
seseorang seperti wali syeikh, rijalul ghaib, roh datuk nenek, sahabat, hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busur, batu, kayu, cincin, kain kuning atau putih dan lain-lain.
3.8.4
Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami seprti objek-objek tertentu dan bercampuraduk dengan ayat al-Quran dan jangan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa.
3.8.5
Penggunaan jampi dibolehkan dan digunakan dengan syarat:
i.
menggunakan ayat al-Quran
ii.
menggunakan bahasa yang difahami
iii.
jangan mengiktikadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh, sebaliknya Allah yang berkuasa.
3.8.6
Tidak boleh mengamalkan bacaan-bacaan tertentu yang tidak difahami
maknanya dikhuatiari mengandungi kata-kata pemujaan kepada berhala, iblis, syaitan atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan ayat al-Quran.
3.8.7
Tidak boleh membaca mana-amana ayat al-Quran secara songsang,
sepertiQul Huwallah dan lain-lain.
3.8.8
Tidak boleh menggunakan Kitab al-Quran secara tidak wajar menurut syarat
seperti menggantung al-Quran dan tunggu berpusing atau tidak untuk dijadikan alasan tertentu jika berpusing begini dan jika tidak, begini pula maksudnya. Semuanya ini termasuk menghina al-Quran (Istihza’).
3.8.9
Tidak boleh meninggalkan ibadat-ibadat wajib yang dituntut di dalam Islam
seperti sembahyang lima waktu dan puasa di bulan Ramadan ketika melakukan amalan rawatan Islam.
3.8.10
Tidak boleh mengguna perbuatan „menurun., memanggil roh orang mati atau sebagainya dalam kaedah rawatan.
3.9
BAYARAN PERKHIDMATAN/PENGERAS
3.9.1
Sebarang pengeras tidak boleh digunakan dalam rawatan jika ia dikaitkan
dengan untung nasib, buruk atau baik.
Bayaran perkhdimatan hanya dibolehkan mengikut kesesuaian perubatan
dengan tidak terlampau tinggi hingga boleh memberatkan atau menindas dan tidak membawa maksud tolong-menolong.
3.10
PENGIJAZAHAN
3.10.1
Tidak boleh melakukan upacara-upacara yang mengandungi unsur-unsur
penyembahan, pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa-kuasa atau tenaga-tenaga ghaib seperti mempersembah sedulang makanan, menyembelih ayam dan sebagainya.

3.11
TERTAKLUK KEPADA UNDANG-UNDANG NEGARA
3.11.1
Semua pengamal Rawatan Islam perlu patuh kepada undang-undang negara.









No comments:

Post a Comment