kalam penulis

(-:السلام عليكم ورحمة الله...اهلا وسهلا:-)
..::saranghae::..

“Rawatilah Dirimu dengan Istighfar,dikala hamba itu diuji,baru dia rasa nikmatnya sujud “

05/05/2012

JALAN UNTUK BERBAKTI KEPADA IBU

JALAN UNTUK BERBAKTI KEPADA IBU
1. Berilah hadiah kepada ibu bila ada sempena tertentu seperti hari raya, hari lahirnya, hari ulang tahun perkahwinan, kepulangannya dari musafir jauh dan sebagainya.

2. Buka akaun bank khusus untuk ibu di mana anak-anak berkongsi memasukkan wang bulanan untuk ibu ke dalam akaun tersebut mengikut kemampuan masing-masing. Dari wang itu ibu dapat menampung perbelanjaannya tanpa ia perlu meminta-minta kepada anak. Tidak menjadi kesalahan memberi wang kepada ibu sekalipun ia berkerjaya kerana ibu amat suka menerima pemberian anak-anak sekalipun ia tidak memerlukan.

3. Hendaklah anak memahami perubahan usia ibu dan bergaul/melayani mereka mengikut situasi umur mereka.

4. Pilihlah ungkapan-ungkapan yang baik sahaja ketika bercakap dengan ibu supaya tidak sampai ke pendengarannya bahasa yang boleh menyakiti hatinya.

5. Jika kamu hendak bermusafir jauh, pastikan ibu kamu adalah orang yang terakhir yang kamu berpisah dengannya. Mintalah doanya kerana doa ibu adalah mustajab. Jika kamu tinggal berasingan dengan ibu, jadikan telefon sebagai pengganti, iaitu dengan menelefonnya dan memaklumkannya kamu akan bermusafir dan mintalah doanya.

No comments:

Post a Comment