Ibn Umar meriwayatkan
bahawa Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Apabila kamu hendak
makan, hendaklah kamu makan dengan tangan kanan, dan apabila hendak minum,
minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan minum
dengan tangan kiri.” (Sahih Muslim)
Sudah menjadi kebiasaan
masyarakat timur untuk mendahulukan apa jua perbuatan dengan tangan kanan, baik
bersalam, makan, menunjuk dan sebagainya jadi apabila kita mendengar hadis
diatas bukanlah ia menjadi sesuatu yang janggal. Akan tetapi rata-rata
masyarakat moden dizaman ini mula makan dengan tangan kiri, baik di
majlis-majlis rasmi hinggalah ke makan di tempat-tempat ternama seperti di
hotel-hotel besar.
Akan
tetapi Nabi berpesan agar makan menggunakan tangan kanan dan sesiapa yang makan
menggunakan tangan kiri, mereka mengikut amalan syaitan. Melihat tamadun barat
yang menyuap makanan dengan tangan kiri malah itu juga diikuti oleh golongan
elit bangsa kita di majlis-majlis “high level”, pasti ada hikmah mengapa Nabi
melarang berbuat demikian.
Otak
manusia terbahagi kepada dua hemisfere kiri dan kanan, bahagian kiri badan
dikawal oleh bahagian kanan otak dan sebaliknya. Kajian sains mengenai aktiviti
otak menunjukkan, secara amnya lebih banyak aktiviti dibahagian kiri otak
ketika seseorang itu sedang berada dalam keadaan yg positif contohnya mesra,
riang gembira dan sebagainya. Sifat-sifat negatif seperti menyendiri lebih
aktif diotak sebelah kanan.
Mengapa
apabila kita dilanda masaalah, meluahkan perasaan ataupun bercakap samada
kepada diri sendiri ataupun kepada manusia lain serba sedikit dapat mengurangkan
tekanan didalam diri kita? Ini berkemungkinan disebabkan otak kiri terlibat
lebih aktif dalam bahasa pertuturan, aktiviti berkomunikasi dengan tidak secara
langsung membuat bahagian kiri otak aktif lantas menimbulkan perasaan positif
dan mengurangkan tekanan perasaan.
Jadi
jika kita kaitkan dengan aktiviti makan menggunakan tangan kanan yang mana akan
mengaktifkan bahagian kiri otak, bukankah ia akan menimbulkan perasaan positif?
Lebih positif semasa kita menjamu selera, lebih mudah makanan dihadamkan dan
makin sihatlah tubuh badan.
Makan
dengan tangan kiri mengaktifkan otak kanan yg dikaitkan dgn sifat-sifat
negatif, sebab itulah makan dengan tangan kiri meniru syaitan kerana sifat
syaitan itu sendiri yang penuh dengan dengki dan sombong. Lebih bahaya lagi
apabila perbuatan makan dengan tangan kiri itu juga akan membuatkan manusia
lebih mementingkan diri sendiri dan tidak peduli lagi pada insan-insan lain
terutamanya dalam hal makan tersebut.
Masih
ingat lagi ketika mula memasuki bidang perkhidmatan VIP, kami rakan-rakan
sekerja diarahkan untuk menghadiri kursus etika pakaian dan pemakanan. Kami
diajar cara berpakaian yang “betul” termasuklah cara menggunakan segala jenis
sudu garpu pisau, etika pemakanan barat sebagai persiapan untuk meghadiri majlis-majlis
rasmi, ini termasuklah dengan menyuap makanan dengan tangan kiri.
Persoalannya
adalah, jika etika makan ala barat di praktikkan oleh golongan elit masyarakat
kita yang rata-ratanya adalah pemimpin, maka lebih kerap otak kanan diaktifkan
ketika makan yg mana ianya boleh dikaitkan dgn sikap negatif, menyendiri dan
pentingkan diri sendiri, mungkinkah itu penjelasan mengapa pemimpin-pemimpin
kita rata-ratanya membuat keputusan lebih untuk kepentingan diri, kroni
berbanding masyarakat? Mungkinkah ini penjelasan mengapa manusia yang kaya
makin bertambah kaya, berniaga dan mengambil untung berganda-ganda tanpa
mengira kesan terhadap masyarakat dan persekitaran?
Apa
yang saya kemukakan ini hanyalah hipotesis saya sahaja dari pembacaan, tepuk
dada dan guna frontal lobe anda untuk berfikir sedalam-dalamnya. Tiada perintah
Allah dan anjuran Nabi yang tiada kebaikan untuk umat manusia, hanya mereka
yang melihat dengan mata hati keimanan sahaja yang dapat memahami.
No comments:
Post a Comment