kalam penulis

(-:السلام عليكم ورحمة الله...اهلا وسهلا:-)
..::saranghae::..

“Rawatilah Dirimu dengan Istighfar,dikala hamba itu diuji,baru dia rasa nikmatnya sujud “

23/04/2012

HUKUM MAKAN LANDAK

HUKUM MEMAKAN LANDAK :

Landak dalam bahasa Arab disebut al-qunfuz. Mengenai landak (qunfuz) ini, terdapat perselisihan di kalangan para ulama tentang hukum memakannya.

Menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad, hukumnya haram, berdasarkan sebuah hadis yang mengharamkannya. Sedang menurut Imam Malik dan Ibnu Abi Laila, hukumnya halal (Imam ash-Shan’ani, Subulus Salam IV/77).

Namun pendapat yang tepat (sahih) adalah halal (Imam An- Nawawi : salah seorang ulama bermazhab syafi'e, Kitab Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, 8/16). Hal itu kerana tidak ada dalil yang kuat yang mengharamkannya. Kerana itu, hukumnya kembali pada hukum asal benda, iaitu mubah (harus).

Mereka yang mengharamkan landak berhujah dengan hadis dari ‘Isa bin Namiilah al-Fazari dari bapanya, ia berkata,”Saya pernah di sisi Ibnu Umar lalu dia ditanya hukum makan landak. Lalu Ibnu Umar membaca ayat,”Qul laa ajidu fiimaa…” (Surah 6: 145).

Maka berkatalah seorang tua/atuk (syaikh) di sisi Ibnu Umar,”Aku telah mendengar Abu Hurairah berkata,”Pernah disebut landak di sisi Nabi SAW, maka Nabi mengatakan,”Sesungguhnya ia (landak) adalah satu keburukan di antara keburukan-keburukan (khabiits min al-khabaa`its).”

Maka berkata Ibnu Umar,”Jika itu dikatakan Rasulullah SAW, maka hukum landak adalah seperti yang beliau katakan.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud) (Imam asy-Syaukani, Nailul Authar, hal. 1681; Imam ash-Shan’ani, Subulus Salam, IV/77).

Namun demikian, menurut Imam Ibnu Hajar Al-'Asqalani dalam Bulughul Maram, seperti dikutip Imam ash-Shan’ani,”Sanadnya lemah.” (Subulus Salam IV/77). Imam ash-Shan’ani menerangkan sebab kelemahannya adalah identiti seorang atuk/tua (syaikh) tadi yang tidak diketahui (majhuul). (Subulus Salam IV/77).

Oleh kerana itu, hukum landak kembali pada hukum asal benda, iaitu mubah/harus. Inilah hukum yang diyakini sebagai hukum asal. Sedangkan dalil hadis di atas, kesahihannya diperselisihkan di antara para ulama. Jadi, dalil yang mengharamkan landak masih diragukan.

Dalam keadaan demikian, berlakulah kaedah fikih yang masyhur,”al-yaqiinu laa yuzaalu bi al-syakk.” (sesuatu yang yakin tidak dapat dihilangkan dengan sesuatu yang diragukan).(Imam as-Suyuthi, al-Asybah wa an-Nazha`ir, hal. 37).

No comments:

Post a Comment