kalam penulis

(-:السلام عليكم ورحمة الله...اهلا وسهلا:-)
..::saranghae::..

“Rawatilah Dirimu dengan Istighfar,dikala hamba itu diuji,baru dia rasa nikmatnya sujud “

04/04/2012

SYARAT-SYARAT PEMIMPIN

 Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda :

لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْا أَمْرَهُمْ امْرَأَةً

Sekali-kali tidak akan pernah beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan (pemerintahan) mereka kepada seorang perempuan (HR al-Bukhari).

Hadis riwayat al-Bukhari ini menunjukkan bahawa Islam melarang dengan tegas ke atas perempuan untuk menjadi ketua negara. Sekalipun hadis itu datang dalam bentuk khabar (berita), namun demikian ia disertai dengan celaan, maka ini merupakan bentuk larangan. Adapun penggunaan huruf (lan) yang menunjukkan pengertian selamanya (lit ta’bid) ini benar-benar telah menafikan keberuntungan dari mereka yang menjadikan perempuan sebagai ketua negara. Dengan demikian ini menjadi qarinah (indikasi) yang menunjukkan tuntutan meninggalkan secara tegas yakni tidak menjadikan perempuan sebagai ketua negara. Dengan demikian, haram hukumnya perempuan menjadi ketua negara (An-Nabhani, Muqaddimah ad-Dustur, hlm. 97; Al-Khalidi, Qawaid Nizam al-Hukm fi al-Islam, hlm. 296).

Dalam Islam, ketua negara Islam disebut sebagai Khalifah. Terdapat 7 syarat untuk menjadi seorang khalifah. Kurangnya satu syarat pada diri seseorang, maka gugurlah kelayakan dia untuk menjadi seorang khalifah.

1). Muslim
2). Lelaki
3). Baligh
4). Berakal
5). Merdeka bukan seorang hamba
6). Mampu melaksanakan segala tugas. Dia hendaklah seorang yang mempunyai kemampuan untuk mengurus urusan politik, ekonomi, jihad, dan segala masalah yang terjadi dikalangan umat Islam. Dia juga hendaklah berkemampuan untuk menerapkan hukum syara'.
7). Adil

Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda:

«إِذَا وُسِّدَ الأَمْرُ إِلىَ غَيرِْ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَاعَةَ»

Jika urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya (tidak layak) maka tunggulah saat-saat kehancuran (HR al-Bukhari).

*Kesimpulannya, wanita tidak boleh menjadi seorang ketua negara Islam (ketua Daulah Islam), kerana syaratnya wajib seorang lelaki.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kitab :

1). Ajhizah Dawlah al-Khilafah fi al-Hukm wa al-Idarah
2). Nizham Al-Hukm Fil Islam
3). Muqaddimah Ad-Dustur

No comments:

Post a Comment