kalam penulis

(-:السلام عليكم ورحمة الله...اهلا وسهلا:-)
..::saranghae::..

“Rawatilah Dirimu dengan Istighfar,dikala hamba itu diuji,baru dia rasa nikmatnya sujud “

05/04/2012

HURAIAN RINGKAS BAB CERAI

Seseorang yang melafazkan talak kepada isterinya, sudah tentu ia berniat untuk menceraikan isterinya.

Lafaz talak ada 2 jenis :

Pertama : Talak sharih
Kedua : Talak Kinayah

Talak sharih membawa maksud "nyata" atau "jelas" iaitu talak yang diucapkan oleh si suami kepada isterinya dengan kalimah yang jelas dan terang, lafaz seumpama ini hanya membawa maksud penceraian dan tiada pengertian yang selainnya, seperti kalimah "Talak" atau "Cerai".

Contoh lafaz yang Sharih:

• Aku ceraikan kau dengan talak satu
• Aku telah melepaskan (menjatuhkan) talak untuk engkau
• Hari ini aku ceraikan kau
• Jika suami melafazkan talak dengan mengunakan kalimah yang "sharih" seumpama di atas ini, maka talak dikira jatuh walaupun tanpa niat dan saksi.

Talak kinayah pula membawa maksud kalimah yang secara tidak langsung yang mempunyai dua atau lebih pengertiannya. 

Umpamanya jika si suami melafazkan kepada isterinya perkataan:

• Aku tak nak kau lagi, kau boleh balik ke rumah orang tua kau
• Pergilah engkau dari sini, ke mana engkau suka
• Kita berdua sudah tiada apa-apa hubungan lagi
• Lafaz-lafaz seumpama ini termasuk dalam kategori kinayah, jika suami tidak berniat untuk menceraikan isterinya maka talak tidak jatuh, tetapi jika sebaliknya iaitu suami mempunyai niat menceraikan isterinya ketika melafazkan kalimah ini, maka talak dikira jatuh.

Bagi pasangan yang meragui akan lafaz yang telah diucapkan oleh suami, mereka hendaklah menghubungi pihak Mahkamah bagi mendapatkan pengesahannya. Begitu juga bagi pasangan yang ingin merujuk semula, mereka perlulah melaporkan perkara ini ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan nasihat selanjutnya.

*Kinayah كناية maksudnya kiasan.


*Jika suami melafazkan talak dengan mengunakan kalimah yang "sharih", maka talak dikira jatuh walaupun tanpa niat dan saksi.

*Jika suami melafazkan talak dengan menggunakan kalimah yang bersifat "kinayah : Aku tak nak kau lagi, kau boleh balik ke rumah orang tua kau", jika suami tidak berniat untuk menceraikan isterinya maka talak tidak jatuh, tetapi jika sebaliknya iaitu suami mempunyai niat menceraikan isterinya ketika melafazkan kalimah ini, maka talak dikira jatuh.

No comments:

Post a Comment